Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setiap orang yang dilahirkan ke dunia telah diberi kebolehan dan kelebihan tersendiri. Tidak semua orang mempunyai kebolehan dan kelebihan yang sama. Jadi, ingin saya ingatkan disini, apa yang orang lain ada dan tidak ada pula pada kita bukanlah suatu kekurangan. Janganlah pula kita mempunyai hasad dengki atau iri hati terhadap orang lain akan hal yang demikian. Ini kurniaan tuhan, jangan kita susah hati dan bersifat dengki. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.
Setiap orang pasti ada kebolehannya tersendiri, hanya tinggal untuk kita kenal pasti potensi diri saja. Bagi saya, kebolehan yang ada adalah kemahiran tangan. Dalam hal ini, Tuhan beri saya bakat membuat sesuatu yang tak semua orang sanggup atau boleh buat. Sesuatu yang memerlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi. Kalau dah kenal pasti bakat yang ada kita kenalah 'asah' supaya menjadi lebih mahir dan pandai. Pernah tak tengok bayi yang baru lahir terus boleh jalan? hehehe...mana ada. kalau ada pun tu bayi ajaib la.
Disini saya nak kecilkan skop seni kreatif itu kepada bidang karaftangan/ kraf buatan tangan. Mari kita tengok definisinya terlebih dahulu.
"Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf".
"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
(di petik dari http://ummiecraft.blogspot.com/2009/12/definisi-atau-maksud-kraftangan.html)
Perbezaan diantara kraf buatan tangan dengan kraf buatan mesin adalah dari segi penghasilan produk. Produk yang dihasilkan melalui mesin akan mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak, sama jenis/rupa bentuk yang sama dan harga yang murah. Manakala produk yang dihasilkan secara pembuatan tangan jarang menghasilkan kuatiti yang banyak, rupa yang sama dan harganya agak mahal. Walaubagaimanapun, harga produk buatan tangan adalah bergantung kepada pengeluarnya.
Kraftangan banyak dihasilkan dengan menggunakan sumber alam seperti tumbuh-tumbuhan, batuan dan logam. Namun, bagi orang yang kreatif apa pun boleh jadi. Berikut antara contoh hasil kraftangan Malaysia:
Sumber: Google - bakul rotan |
Sumber: Google - Labu sayong |
Sumber: Google - Batik |
Sumber: Google - Wire jewelry |
Dunia seni kreatif saya adalah Kristal, dawai, mutiara dan seumpamanya. Saya suka menghasilkan perhiasan diri wanita melalui kreativiti saya sendiri. Handmade jewelry art kini menjadi suatu trend untuk diterokai. Namun, bagi saya apa pun trend yang datang, handmade jewelry tetap menjadi pujaan hatiku. Ia adalah suatu hobi yang mendatangkan keuntungan. Namun, saya bukanlah pakar dalam bidang ini berbanding rakan-rakan dalam bidang yang sama. Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari. Kesungguhan juga perlu ada jika ingin berjaya dan dikenali dalam bidang ini. Insyaallah, pada entry yang akan datang, saya akan bercerita tentang dunia seni saya secara lebih jelas.
Sekian, terima kasih kerana sudi baca..^^
Sekian, terima kasih kerana sudi baca..^^
No comments:
Post a Comment