Followers

Friday, 15 July 2011

^Happy Birthday Sayang^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..^^

Tanggal 15 Julai 2011 maka genaplah usia anakku 3 tahun.




Namanya Muhammad Syafiq Bin Rosdi. Merupakan anakku yang ke 3 dan terakhir (buat masa ni la). Aku lahirkan dia kat Hospital Ampang pada pagi hari. Sangat manja....dengan atoknya (mak aku). Tiap2 hari tak kira siang atau malam nak pakai 'seluar panjang' aje... bagus tul anakku ini. menutup aurat. Nanti jap, sebenarnya 'seluar panjang' tu adalah seluar jeans. Dia nak pakai seluar jeans. Lepas ni aku/hubby kena beli seluar jeans je la utk dia. Ooooo...aku belum beli hadiah untuk dia lagi. Syafiq ni suka sangat ngan 'ete umbe'....kereta lumba la. Jap g arr...kalu beli kat dia mesti si abang pun nak...kena beli gak untuk abang. kalu tak maunya gadoh berebut ete umbe...opsss, kereta lumba. Mak aku awal-awal lagi dah plan nak sambut besdey dia...kek pun dah order. Mak, nanti claim kat Abg Adi tau...hehehe....so, balik petang ni sambut besdey dia sefamily and dah tentu adik aku akan upload gambar Syafiq dlm blog DIA...

Ok..anyway my dear, Ibu ucapkan Selamat Ulang Tahun kelahiran yang ke 3. Semoga kau membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.Insyaallah. Amin.....

Terima Kasih kerana sudi singgah dan baca ye...^^

1 comment:

  1. happy birthday apiq!!!! :) x sabo nak mkn kek mlm ni... erk, mcm besday aku la plak...

    ReplyDelete