Followers

Thursday, 28 July 2011

Wasatiyyah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..^^

Beberapa hari kebelakangan ni aku bz skit ngan keja kat opis. Bila balik umah dah tak sempat nak update blog. Malam ni adik aku dok godek2 blog aku dah lain rupa dia...OK tak? So, aku pun mengambil kesempatan ni untuk update blog aku.

Malam ni aku nak berkongsi info tentang suatu konsep yang sering diajukan dalam Islam iaitu 'Wasatiyyah'. Apa tu wasatiyyah?

Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh Islam kepada Umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar Umat Islam pun turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah 185 yang berbunyi :
Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…

 Beberapa hari lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Bila sebut bulan ramadhan apa yang anda fikir? Puasa/ tarawih/ LailatulQadar/ tadarus. Baguslah kalau itu semua kita amalkan. Tapi dari sudut lain ramadhan ada benda lain yang kita fikir...pasar juadah, bazar ramadhan, baju raya, kuih raya dan sebagainya. Dalam hal ini marilah kita saling ingat mengingati agar kita sentiasa mengamalkan sikap bersederhana terutamanya ketika berpuasa. Jangan kita berlebih-lebihan dalam membeli juadah berbuka, yang akhirnya kedalam tong sampah juga perginya. Baju raya berhelai-helai tempah pada hal pakai sepasang dua je. Kuih raya pulak berpuluh-puluh jenis dan akhirnya bertemu syawal kuih tu tak habis-habis lagi. Jadi, berlebih-lebihan ni sebenarnya mendatangkan kerugian kepada kita. 

Kita kena ingat, ada dikalangan kita hidup dalam serba kekurangan. Hidup merempat makan tak pernah cukup.Bagaimana agaknya hidup sebegitu? Aku bersyukur, walau rasa perih nak dapatkan rezeki aku masih ada tempat untuk berlindung, masih cukup makanan untuk hidup. Lepas ni marilah kita amalkan sikap kesederhanaan dalam berbelanja, lebih2kan dalam beribadat. Mudah-mudahan tahun depan masih ada Ramdhan untuk kita. Wallahualam...

Sekian. Terima Kasih sudi baca...^_^

No comments:

Post a Comment