Followers

Sunday 7 August 2011

Gerai Jualan Puspanita di MPAJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera..^^

Menjelang bulan Ramadhan banyak pihak mengambil kesempatan dengan menganjurkan bazar Ramadhan. Kali ini aku menyewa sebuah meja di Bazar Ramadhan yang dianjurkan oleh MPAJ. Aku tidak melepas peluang ini untuk memperkenalkan produk KOLEKSI SUASA di kalangan kakitangan Majlis. Gerai ini diadakan di siar kaki lima Lobi aras 4 Menara MPAJ. Ia akan diadakan pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadhan. Pada hari pertama tidak ramai peniaga yang masuk. Bagi aku, hari pertama tidak mengharapkan sales yang banyak cukup sekadar memperkenalkan barangan KOLEKSI SUASA. Alhamdulillah, hari pertama aku dapat 4 tempahan dari rakan-rakan disana.^_^



Disebabkan aku ni kakitangan kerajaan dan tuntutan kerja yang banyak tidak membolehkan aku lepak bersama pembantu aku (adik aku) untuk menjaga gerai. Waktu rehat je aku teman dia. Terima kasihlah dik coz tolong kak ngah jaga gerai ye...Apa yang aku jual kat gerai ni ialah semua koleksi jewelry yang ada dalam simpanan KOLEKSI SUASA, kerongsang, barangan Tupperware dan handphone strap yang dibuat sendiri oleh adik aku..So, ada lagi 3 kali jumaat untuk aku melariskan jualan KOLEKSI SUASA....

Sekian. terima kasih coz sudi singgah disini.
^_^

No comments:

Post a Comment