Followers

Thursday, 26 May 2011

~*~*~ SELAMAT DATANG ~*~*~

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menyinggah, memberi komen, menjadi follower dan terutama sekali kepada pelanggan-pelanggan saya. Saya mula terlibat dalam dunia jewelry making ni sejak tahun 2004 lagi. Pada masa tu saya dan suami membuat peniagaan kecil-kecilan menjual kerongsang di pejabat. Lama-kelamaan timbul minat untuk mencuba membuat sendiri jewelry. Selepas 'terjebak' dalam dunia seni kategori handmade jewelry ni, mula sekali saya bermain-main dengan manik-manik dan kristal yang berkualiti rendah. Almaklumlah, baru bermula kemahiran pun kurang. Namun, setelah mendapat kepercayaan pelanggan yang pada ketika itu rakan-rakan sepejabat, saya mula bermain dengan barang-barang yang lebih berkualiti seperti KRISTAL SWAROVSKI, MUTIARA dan SUASA. 

Alhamdullillah, syukur kepada Tuhan dengan limpah kurniaNya, saya dapat mewujudkan blog ini untuk tatapan peminat-peminat handmade jewelry walaupun apa yang dihasilkan tidak sehebat rakan-rakan seperjuangan yang lain. Apa yang dipaparkan adalah sebahagian daripada koleksi yang pernah saya buat.  Walaupun hanya sekadar suka-suka namun masih dapat menjana pendapatan sampingan. Saya tidak dapat memberi perhatian kepada bidang ini memandangkan saya masih mempunyai kerja tetap. Tetapi, bagai mendapat suatu kepuasan apabila sesuatu yang dihasilkan mendapat sambutan pelanggan. 

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan buat suami tersayang kerana memberi sokongan dengan minat saya. Buat anak-anak, kadang-kadang memeningkan juga sebab sama-sama sibuk nak buat apa yang ibu buat. Namun, kalian sangat ibu sayang. Terima Kasih semua.

~ ~ ~ Selamat Datang ke laman Handmade Jewelry By KOLEKSI SUASA~ ~ ~

Trademark KOLEKSI SUASA

No comments:

Post a Comment